Telok Gong jadi perintis polisi pelepasan sifar atasi pencemaran sungai

Telok Gong jadi perintis polisi pelepasan sifar atasi pencemaran sungai

HASROLNIZAM Shaari menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Bot Kawalan Jauh Piala Pengarah LUAS 2024 di Taman Tasik Cyberjaya. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjangkakan kesemua kilang yang beroperasi tanpa ada permit sah di Telok Gong segera menyertai polisi pelepasan sifar.

Pengarahnya, Hasrolnizam Shaari berkata, kawasan itu malahan dipilih kerajaan negeri sebagai perintis projek susulan pencemaran teruk sisa industri di sekitar sungai terlibat.

“Inisiatif khas ini sudah dilancarkan lebih sebulan lalu dan setakat ini hampir 50 peratus komuniti kilang di situ telah pun memohon lesen,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Terdahulu, beliau menghadiri dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Bot Kawalan Jauh Piala Pengarah LUAS 2024 di Taman Tasik Cyberjaya, di sini hari ini.

Mingguan Malaysia pada 15 September lalu melaporkan kawasan Telok Gong di Klang dicemari teruk sisa buangan industri berskala mega disebabkan kewujudan kilang haram.

Isu ini mendapat perhatian kerajaan Selangor apabila Exconya, Datuk Ng Suee Lim pada 14 November lepas mahu operasi terjah bersepadu dibuat bagi membanteras premis itu.

Mengulas lanjut, Hasrolnizam berkata, pihak LUAS sebenarnya sudah melaksanakan siri penyiasatan dan ‘turun padang’ meninjau keseluruhan kawasan di Telok Gong bulan lalu.

“Apa yang berlaku selama ini apabila dijumpai kesan pencemaran seperti banyak ikan mati atau air warna hitam, kita tidak tahu punca daripada mana dan siapa dalang,” jelasnya.

Justeru ujar beliau, kerajaan negeri menukar pendekatan sebelum ini dengan diwujudkan dasar khas pelepasan sisa sifar agar perkara buruk sebegitu tidak berulang berkali-kali.

Menerusi polisi baharu itu katanya, semua pemilik industri yang dikenal pasti oleh LUAS sebagai sering menghasilkan air bersisa kena ‘diputihkan’ dengan perlu memohon lesen.

Agensi berkenaan tambah beliau, telah melakukan jerayawara dengan berjaya menemui kesemua operator kilang terbabit sepanjang bulan lepas dan meraih maklum balas positif

Pengusaha premis yang enggan pula memohon permit itu pula kata Hasrolnizam, secara tidak langsung akan dianggap punca penyebab pencemaran dan boleh diambil tindakan.

Sementara bagi yang akur menyertai polisi itu, mereka wajib mematuhi pelbagai proses ketat untuk pelepasan sifar dan langkah tegas ini diharap dapat mengawal pencemaran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya