Teknologi AI, IoT mampu kukuhkan sistem bencana negara

Teknologi AI, IoT mampu kukuhkan sistem bencana negara

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) semasa melawat peneraju global dalam bidang keselamatan dan perlindungan, NAFFCO, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan teknologi inovatif seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) berpotensi mengukuhkan sistem pengurusan bencana negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan teknologi baharu seperti AI dan IoT itu turut mampu meningkatkan keupayaan negara dalam menangani cabaran semasa.

“Usaha mempelajari teknologi terkini serta pertukaran pengetahuan amat penting, terutama ketika kita bersiap siaga menghadapi risiko global seperti bencana yang dipengaruhi oleh perubahan iklim,” katanya di laman Facebook miliknya, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, ketika membuat lawatan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), beliau berpeluang melawat peneraju global dalam bidang keselamatan dan perlindungan iaitu NAFFCO dengan kehadiran lebih daripada 100 negara.

Beliau yakin Malaysia memperoleh manfaat besar daripada penggunaan teknologi seperti AI dan IoT yang dipamerkan oleh firma terkemuka di UAE termasuk NAFFCO.

“Kepakaran dan komitmen NAFFCO sejajar dengan misi kita untuk melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar. Dengan meneroka peluang kerjasama, kita dapat memperkukuh kesiapsiagaan bencana, memperkasa barisan penyelamat dan memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran masa depan.

“Saya optimis bahawa dengan langkah-langkah sebegini, kita akan terus bergerak maju dalam mencipta persekitaran yang lebih selamat dan berdaya tahan bagi rakyat serta generasi akan datang. Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya