Tanah Mendap: Lorong kecemasan, sebahagian lorong kiri NKVE ditutup

Tanah Mendap: Lorong kecemasan, sebahagian lorong kiri NKVE ditutup

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lorong kecemasan dan sebahagian lorong kiri di Kilometer 18.6 Lebuh Raya Lembah Klang- Utara (NKVE), di sini ditutup sementara akibat kejadian tanah mendap hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden tersebut pada pukul 11 pagi ini.

Katanya, akibat daripada insiden berkenaan, lorong kecemasan dan separuh lorong kiri ditutup bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta melakukan kerja-kerja pembaikan.

“Justeru, ppolis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya yang mahu melalui jalan berkenaan untuk merancang perjalanan dengan baik.

“Orang ramai diingatkan untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan selain sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, PLUS Malaysia dalam hantaran di Facebook memaklumkan, kejadian berlaku di Kilometer (KM) 18.6 arah Selatan antara laluan Kota Damansara ke Damansara.

Hujan lebat di sekitar Lembah Klang pada awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan dilaporkan mengalami banjir kilat sehingga menjejaskan laluan pengguna jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya