Tan Teng Boo tiada kaitan dengan scammer

Tan Teng Boo tiada kaitan dengan scammer

Utusan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Utusan Malaysia ingin memberi penjelasan berhubung satu laporan berita yang disiarkan laman web Utusan Online bertajuk ‘Warga emas rugi lebih RM650,000 ditipu Tan Teng Boo’ pada 7 Ogos 2024.

Berita berkenaan ada memetik nama Tan Teng Boo sebagai scammer selaras dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh polis pada tarikh tersebut.

Laporan itu hanya menyiarkan apa yang terdapat di dalam kenyataan akhbar polis itu dan tiada niat lain berhubung penyiaran nama scammer yang dikaitkan dengan Tan Teng Boo.

Sehubungan itu, pihak Utusan Malaysia memohon maaf kepada penama Tan Teng Boo atau pihak yang dikaitkan dengan penama kerana nama itu telah digunakan oleh scammer untuk tujuan yang salah.

Kami telah menarik balik laporan berita itu dan tidak akan ulang terbit laporan seumpama tersebut.

Pihak Utusan Malaysia sentiasa berpegang kepada kod-kodetika kewartawanan dalam penerbitan sesuatu berita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya