Tambang bas sekolah dijangka naik 25-30 peratus

Tambang bas sekolah dijangka naik 25-30 peratus

PERKHIDMATAN pengangkutan bas sekolah terpaksa dinaikkan bertujuan meneruskan kelangsungan industri tersebut. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yuran bas sekolah dijangka naik antara 25 hingga 30 peratus berikutan peningkatan kos alat ganti dan gaji minimum selain persaingan daripada pengusaha haram yang semakin berleluasa.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia (BSM), Mohd. Haron Mohamad Sidik berkata, perkhidmatan pengangkutan bas sekolah terpaksa dinaikkan bertujuan meneruskan kelangsungan industri tersebut.

“Sesi persekolahan dijangka kembali sedia kala pada 2026 menyebabkan operasi bas sekolah akan berkhidmat menjadi 11 bulan sahaja susulan cuti penuh pada Disember.

“Kemungkinan tambang bas sekolah juga sukar diambil pada Oktober dan November kerana ramai murid tidak lagi pergi ke sekolah selepas peperiksaan akhir tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pengusaha bas sekolah hanya memperoleh pendapatan daripada tambang atau yuran dalam setahun dengan beroperasi sembilan bulan sahaja.

Malah beliau berkata, insurans, cukai jalan, pemeriksaan berkala di Puspakom, pinjaman bank dan sara hidup tetap perlu disediakan untuk tempoh 12 bulan dalam setahun.

“Selain itu, Kementerian Pengangkutan menarik semula keistimewaan bas sekolah dengan tidak membenarkan aktiviti sewaan bas ketika cuti sekolah,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Haron menyarankan kerajaan mengambil alih kos tambang bas sekolah jika prihatin dengan nasib ibu bapa dan penjaga.

Katanya, langkah kerajaan menampung tambang sekolah dengan menggunakan modul bas percuma Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga dapat mengatasi isu kegiatan kenderaan haram sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN