Taktik baharu sindiket pemerdagangan manusia 

Taktik baharu sindiket pemerdagangan manusia 

HISHAMUDDIN Hashim (tengah) bersama tiga ahli keluarga mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar, pada sidang media MHO di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendedahkan, sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar mula menyasarkan mangsa untuk ditipu secara beramai-ramai.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, modus operandi terbaharu yang digunakan oleh sindiket penipuan tersebut ialah dengan menggalakkan rakyat tempatan membuka akaun bank di Bangkok, Thailand.

Beliau berkata, pada masa sama mereka yang telah membuka akaun bank disarankan, bakal menerima transaksi berjumlah RM10,000.

“Mangsa yang terperdaya kemudian akan menggalakkan kawan atau kenalan mereka untuk sama-sama ke Thailand bagi membuka akaun bank tersebut untuk memperoleh ganjaran RM10,000 itu,” katanya dalam sidang media di sini , hari ini.

Tambahnya, modus operandi kedua dilakukan oleh sindiket pemerdagangan manusia iaitu penipuan melalui pakej pelancongan bagi pelancong secara berkumpulan.

Beliau berkata, berdasarkan cerita mangsa yang dikenal pasti sebelum ini, dia bersama kawan-kawan  pada mula menuju ke Bangkok dan kemudian akan ke lokasi pelancongan seterusnya di Thailand.

“Namun, dengan menggunakan alasan keadaan ke lokasi yang ingin dituju banjir, mereka dibawa menggunakan jalan darat yang mana perkongsian bagi lokasi seterusnya dimanipulasikan melalui sistem terkini sekaligus membuatkan mangsa-mangsa lain boleh terpedaya, seterusnya membawa mereka pergi ke Myanmar tanpa diketahui,” katanya.

Malah beliau berkata, sindiket penipuan masa kini diyakini menggunakan sistem teknologi yang boleh menetapkan lokasi ingin dituju, namun memanipulasikan lokasi tersebut kepada lokasi lain.

“Dengan ini hantaran lokasi yang dikongsi oleh sindiket kepada mangsa, membuatkan mereka percaya akan menuju ke destinasi yang dinantikan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini seramai 12 individu dikenal pasti menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagangan manusia yang menyasarkan mangsa secara beramai- ramai.

Dalam pada itu, bapa kepada seorang mangsa, Lee Han Chai, 52, berkata, anak perempuannya berusia 22 tahun, difahamkan mengikut lima rakannya bersama enam lagi individu dalam rombongan yang sama ke Thailand.

Menurutnya, ketika dihubungi, mangsa telah berada di Myanmar, berbanding lokasi sebenar mereka ke Chiang Mai dari Bangkok.

Katanya, setelah menyedari mereka ditipu oleh sindiket berkenaan, anaknya memaklumkan dan meminta dia menghantar AS$20,000 (RM88,070) bagi membolehkan mereka dibebaskan dan kembali ke Malaysia.

Bagaimanapun katanya, dia tidak mahu terpedaya dengan taktik ugutan sindiket berkenaan, dan hanya menunggu tindakan daripada pihak berkuasa untuk membantu anaknya itu.

Sementara itu, Teng Kim Ho, 58, bapa kepada seorang lagi mangsa, memberitahu, anaknya menghubunginya bagi meminta wang tebusan sebanyak AS$10,000 (RM44,035) untuk membayar tambang balik kos pengangkutan dan kepada sindiket.

“Saya mula mengetahui keberadaan anak lelaki saya, apabila seorang jiran berkongsi satu posting yang mengesahkan anak saya ketika itu berada di Thailand bersama beberapa individu lain,” katanya.

Bagi Kua, 44, pula memaklumkan, anaknya didera oleh anggota sindiket termasuk menggunakan kekerasan seperti renjatan elektrik, dan tidak memberikan anak sulungnya itu makan selama beberapa hari.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya