Tahanan Malaysia di Penjara Narathiwat dalam keadaan baik - jurucakap penjara

Tahanan Malaysia di Penjara Narathiwat dalam keadaan baik – jurucakap penjara

PENYANYI lagu daerah Kelantan dan lima rakannya dibawa ke Mahkmah Narathiwat, Thailand. - IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Kerajaan Thailand membiayai keperluan tahanan di Penjara Narathiwat sepanjang tempoh mereka ditahan.

Jurucakap penjara malah berkata, tiada bayaran dikenakan kepada tahanan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Semua keperluan tahanan di Penjara Narathiwat ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

Menurutnya, selain itu tiada diskriminasi terhadap semua individu yang ditahan sama ada warga Thailand mahupun orang asing.

Mengulas lanjut mengenai enam rakyat Malaysia yang ditahan, jurucakap itu berkata, kesemua mereka dipisahkan mengikut jantina.

Katanya, kesemua mereka berada dalam keadaan baik dengan memakai baju penjara berwarna coklat. 

“Bagi wanita Islam, mereka boleh pakai tudung. Selain itu, makanan halal turut disediakan sebanyak tiga kali sehari oleh tukang masak beragama Islam.

“Tidak cukup dengan itu, ahli keluarga juga dibenarkan untuk melawat tahanan seminggu sekali dalam tempoh 15 minit,” katanya.

Tambah jurucakap itu, bagaimanapun mereka perlu membuat permohonan secara dalam talian terlebih dahulu.

Setakat ini, terdapat 30 tahanan warga Malaysia daripada jumlah keseluruhan 2,879 tahanan di penjara itu.

Media sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang berusia antara 25 dan 35 tahun kini ditahan reman di penjara itu sementara menunggu tarikh pendakwaan.

Mereka ditahan dalam satu serbuan polis narkotik di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok awal bulan ini atas kesalahan memiliki dadah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya