Syifa Melvin ‘seru’ pengguna biadab samakan anak dengan binatang - Utusan Malaysia

Syifa Melvin ‘seru’ pengguna biadab samakan anak dengan binatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kecewa anak disamakan dengan binatang, pelakon, Syifa Melvin, menyeru seorang pengguna akaun palsu untuk tampil menghubunginya.

Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 30, memberinya masa 24 jam sebelum tindakan lebih serius dikenakan terhadap individu tersebut.

“Siapa mak bapa malang ada anak macam ini? Bab keluarga, anak, (jika usik) kau salah besar.

“Aku bagi masa 24 jam untuk binatang ini datang mesej aku guna akaun sebenar kau sebelum esok aku pergi balai polis dengan laporkan pada MCMC.

“Kau tak nak benda ini jadi besar, kau datang sini cari! Sesiapa yang mahir teknologi tolong cari kejap siapa dia.
“Manusia begini memang layak kena ludah,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Menerusi hantaran yang sama, pelakon Derita Pia itu juga turut berkongsi tangkap layar pengguna yang menggunakan nama artis mengatakan Syifa tidak sesuai menjadi ibu kepada anak-anaknya.

“Muka macam b**i, samalah macam kau itu.

“Sudah tua tidak sedar diri, kau itu hitam tak sesuai jadi mak kepada anak kau,” tulis komen hinaan berkenaan.

Suami kepada Syifa yang juga pemain bola sepak, Safawi Rashid, turut menurunkan komen di hantaran berkenaan.

“Aku cari sampai dapat. Kau tunggu,” tulisnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya