Syed Danial ketuai 213 penerima darjah, pingat Keputeraan Sultan Perak

Syed Danial ketuai 213 penerima darjah, pingat Keputeraan Sultan Perak

MOHD. Zahidi Zainuddin dalam sidang akhbar mengenai penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengetuai senarai 213 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau akan menerima Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri semasa Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak yang akan diadakandua sesi iaitu pada 9 November dan 16 November depan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Menurut Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin, SPMP juga akan diterima oleh dua lagi individu iaitu Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi dan Pengerusi Eksekutif Yee Lee Corporation, Dato’ Lim Kok Cheong @ Lim A Heng.

“Tan Sri Syed Danial tidaklah asing bagi negeri Perak dan pernah bertugas di Perak. Beliau pun ada terlibat secara tidak langsung, kita mendapatkan nasihat daripada beliau semasa pengisytiharan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ketika pemasyhuran baginda,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mohd. Zahidi juga berkata, Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk pula dianugerahkan kepada kepada Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron selaku penerima tunggal darjah tersebut.

Sementara itu, baki 209 lagi penerima akan menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada lapan orang penerima, Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada enam penerima, Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada 13 penerima dan Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 28 penerima.

Selain itu Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada 14 penerima, Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) kepada 39 penerima, Pingat Pekerti Terpilih (PPT) kepada 61 penerima, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 30 penerima serta Pingat Lama Perkhidmatan (PLP) kepada 10 orang penerima.

Sesi pertama istiadat penganugerahan pada Sabtu 9 November melibatkan penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) hinggalah kepada Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya