Syarat tambahan U Mobile pastikan keseimbangan dua rangkaian 5G

Syarat tambahan U Mobile pastikan keseimbangan dua rangkaian 5G

FAHMI Fadzil menyampaikan Penganugerahan Program Penarafan Bintang Keselamatan MyKurier kepada wakil GD Express Sdn Bhd pada majlis Sambutan Hari Kurier Negara 2024 di Cyberjaya.- UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Syarat tambahan ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) adalah untuk memastikan keseimbangan antara kedua-dua rangkaian 5G.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya juga ingin memastikan Digital Nasional Berhad (DNB) dan Rangkaian 5G Kedua Malaysia dapat saling melengkapi disamping berasingan dengan sihat.

“Jadi, tidak ada satu keadaan di mana berlaku dominasi secara berlebihan oleh satu-satu pihak. Justeru, MCMC memang berhak untuk mengenakan syarat kepada pihak U Mobile.

“U Mobile telah membuat kenyataan menyatakan mereka bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain.

“Jadi, MCMC berhak untuk mengenakan syarat tambahan sebelum memberikan spektrum untuk mereka menjalankan kerja-kerja,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kurier Negara 2024 di sini hari ini.

Sebelum ini, Fahmi menjelaskan kerajaan tidak merancang menyemak semula keputusan memilih U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G Kedua Malaysia.

MCMC memutuskan supaya U Mobile dikenakan syarat-syarat tertentu bagi membangunkan rangkaian 5G Kedua Malaysia itu selepas mengambil kira pengalaman pengendali rangkaian pertama 5G iaitu DNB.

Sebelum ini, MCMC mengumumkan bahawa U Mobile dipilih untuk melaksanakan Rangkaian 5G Kedua di Malaysia dalam usaha memaksimumkan potensi teknologi 5G untuk manfaat rakyat, industri, dan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya