Suria FM kekal catat prestasi cemerlang, berjaya raih lebih 3.3 juta pendengar seminggu - Utusan Malaysia

Suria FM kekal catat prestasi cemerlang, berjaya raih lebih 3.3 juta pendengar seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Stesen radio, Suria FM kekal mencatat prestasi cemerlang apabila berjaya meraih lebih 3.3 juta pendengar seminggu berdasarkan keputusan terkini kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2024.

Angka itu turut menunjukkan peningkatan signifikan sebanyak 292,000 pendengar atau 10 peratus berbanding kajian sebelumnya.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), dia rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak dan pendengar setia atas sokongan yang diberikan selain mahu terus menghasilkan kandungan yang lebih menarik.

“Kami amat gembira dengan keputusan kaji selidik bagi Wave 2, 2024 yang menunjukkan Suria FM terus menjadi pilihan utama pendengar radio di Malaysia. Pencapaian ini adalah hasil komitmen padu dan kerja keras team Suria yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk para pendengar.

“Kami komited untuk terus memperkukuhkan jenama Suria agar kekal relevan dan menjadi pilihan pendengar di Malaysia sekaligus terus berusaha menghasilkan kandungan yang menarik dan dekat di hati pendengar,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Berdasarkan pencapaian tersebut, segmen Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan tertinggi stesen radio tersebut selepas meraih sebanyak 341,000 pendengar dengan purata 33 peratus.

Malah, segmen itu turut mencatatkan peningkatan pendengar eksklusif antara stesen radio berbahasa Melayu yang ketara sebanyak 32 peratus bersamaan 184,000 pendengar.

Dalam pada itu, segmen Gaya Suria dan Muzik Top Suria di bawah kelolaan Cik Piah meraih 303,000 pendengar sekali gus peningkatan purata sebanyak 25 peratus pendengar eksklusif stesen radio bahasa melayu.

Manakala, segmen Morning Morning Suria kendalian Ajak, Dato Fizz Fairuz dan Suraya setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi mencatatkan peningkatan sebanyak 170,000 pendengar dengan peningkatan sebanyak 15 peratus pendengar eksklusif stesen radio bahasa melayu.

Sementara itu, segmen Suria Petang yang dihoskan oleh Sharifah Shahirah, Chiwan, dan Kai Hassan mencatatkan peningkatan sebanyak 152,000 pendengar serta sebanyak 29 peratus dalam kalangan pendengar eksklusif stesen radio bahasa melayu.

Kekal unggul, segmen Suria Cinta telah meraih jumlah masa mendengar mingguan tertinggi selama tiga jam 11 minit dalam kalangan segmen utama di stesen radio tersebut.

Suria FM juga menunjukkan peningkatan yang luar biasa pada segmen hujung minggu yang berjaya meraih peningkatan jumlah pendengar sebanyak 231,000 bersamaan 11 peratus berbanding Wave 1, 2024, sekaligus memperkukuhkan lagi posisi Suria FM sebagai salah satu radio pilihan utama pendengar di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya