Sultan Ibrahim doakan kesejahteraan rakyat, negeri dilanda banjir

Sultan Ibrahim doakan kesejahteraan rakyat, negeri dilanda banjir

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memastikan kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) berada dalam keadaan baik.

Seri Paduka juga menitahkan bantuan disampaikan kepada mangsa banjir.

 Titah Sultan Ibrahim, orang ramai perlu berhati-hati dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa.

“Keadaan cuaca ketika ini tidak menentu dan orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga serta sentiasa peka dengan arahan pasukan keselamatan,” titah Seri Paduka dalam Facebook Sultan Ibrahim, hari ini.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara, antara negeri dilanda banjir iaitu Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Selangor dan Negeri Sembilan serta membabitkan 33 daerah, setakat kini.

Sultan Ibrahim menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di negeri-negeri terkesan diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah.

“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu agar Engkau melindungi saudara-saudara kami yang sedang diuji dengan musibah banjir. Limpahkanlah kepada mereka kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

“Saya turut mendoakan keselamatan pegawai serta anggota agensi-agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir,” titah Seri Paduka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya