Sukan bola sepak didik anak muda jadi pemimpin masa depan

Sukan bola sepak didik anak muda jadi pemimpin masa depan – Mohd Na’im

MOHD. Na'im meraikan anak-anak pemain Kelab Bola Sepak Lestari Vipers di Seri Kembangan, Selangor. - GAMBAR FB MOHD NA'IM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Sukan bola sepak yang disertai dan diminati anak-anak muda mampu mendidik golongan itu menjadi pemimpin pada masa depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar berkata, aktiviti sukan seumpama ini juga dapat melatih anak-anak tentang disiplin dan mengajar untuk menghormati orang lain.

“Anak-anak kena ingat, masa bermain bola sebenarnya mendidik disiplin, jangan ingat seronok main bola sahaja tapi bola sepak ini mengajar untuk menghormati orang lain.

“Main bola jangan sekali-kali berkasar dengan lawan kita, tetapi bermain lah dengan kemahiran yang ada. Jangan mengasai pihak lawan sampai terjatuh dan mencederakan. Itu bukan ciri seorang pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak Kanak-kanak, Vipers Super Sunday di Taman Lestari Putra di sini semalam.

Mohd. Na’im berkata, penganjuran kejohanan seumpama ini oleh Kelab Bola Sepak Lestari Vipers merupakan satu platform mendidik anak-anak menjadi pemimpin masa akan datang.

Untuk itu, beliau mengajak para ibu bapa kelab ini khususnya memberi sokongan kepada pihak kelab untuk membentuk generasi pemimpin yang baik.

“Anak-anak kita semua adalah merupakan generasi pemimpin masa depan. Pemimpin ini maksudnya khalifah. Anak-anak peserta kejohanan hari ini semua ada tanggungjawab untuk memimpin dunia ini.

“Masyarakat juga memainkan peranan untuk membentuk kepimpinan akan datang dan memastikan anak-anak ini akan membesar menjadi pemimpin masyarakat dan negara.,” katanya.

Pada majlis perasmian itu, Kelab Bola Sepak Lestari Vipers turut memperkenalkan piala pusingan kejohanan  Vipers Super Sunday yang dinamakan sebagai ‘Piala Dato Naim’. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN