Suka duka pasangan kembar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Suka duka pasangan kembar masa belajar

NURUL Syazwana Sagul Hamid (kiri) dan kembarnya, Nurul Zuhairah (kanan) bergambar bersama ibu mereka, Mumtaj Begum selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ke-18 di Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sepasang kembar yang berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Diploma Akauntasi di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), di sini menyimpan kisah duka yang dilalui pada 2022.

Nurul Syazwana Sagul Hamid dan kembarnya, Nurul Zuhairah ketika itu kehilangan bapa tercinta yang sekali gus memberi tamparan hebat kepada hidup mereka.

“Bapa kami, Sagul Hamid K.M Latiff meninggal dunia pada 2022 akibat komplikasi jantung, namun, di bawah didikan ibu, Mumtaj Begum kami tidak patah semangat dan bangkit cemerlang dalam pelajaran.

“Sebelum itu pun kami sudah tempuhi detik sukar apabila perlu meneruskan pengajian dalam tempoh pandemik, semester satu hingga empat dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.

“Cabaran pendidikan jarak jauh ini menuntut disiplin tinggi, namun dengan kecekalan kami berjaya menamatkan pengajian dan kembali ke kampus untuk semester terakhir,” kata Nurul Syazwana selepas Majlis Konvokesyen PTSB ke-18, di sini. Tambahnya, mereka kini menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) masing-masing dalam bidang Kewangan Islam dan Ekonomi.

Terdahulu, seramai 288 graduan daripada Jabatan Perdagangan, 194 (Jabatan Kejuruteraan Awam), 305 (Jabatan Kejuruteraan Elektrik) dan 236 graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menerima skrol masing-masing pada majlis yang bertemakan ‘Graduan TVET Pemacu Malaysia Madani’.

Sehingga kini, lebih 23,000 graduan PTSB yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Kulim berjaya menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN