'Sudah pujuk Misha Omar, namun tiada syarat perlu penyanyi asal' - Utusan Malaysia

‘Sudah pujuk Misha Omar, namun tiada syarat perlu penyanyi asal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penerbit Muzik Muzik 39 Separuh Akhir (SFMM39), Nurhul Huda Hj Khalid, menjelaskan pihaknya sudah pernah memujuk penyanyi, Misha Omar, untuk tampil menyanyikan lagu Masihkah Ada Rasa itu, malam tadi.

Namun begitu, pihaknya harus akur dengan keputusan label, Sony Music Entertainment Malaysia, yang menghantar Vanessa Reynauld sebagai wakil ke SFMM39.

“Kita dapat surat daripada label mengatakan Misha mempunyai komitmen lain yang sudah dipersetujui sejak awal. Namun jika lagu itu berjaya ke Anugerah Juara Lagu, juga tiada masalah jika Misha kembali menyanyikan lagu itu. Terpulang kepada keputusan label.

“Pemilihan Vanessa menggantikan Misha juga adalah keputusan mereka. Sudah tentu sesi memujuk Misha sudah dilakukan, namun kami tidak boleh memaksa. Sama juga sekiranya mereka mahu hantar pencalonan lagi, juga kami tidak paksa.

“Jadi, kami akur dengan segala keputusan label,” katanya.

Huda berkata demikian ketika mengulas mengenai ketiadaan Misha Omar di pentas SFMM39 yang menjadi wakil tunggal penyanyi senior bersaing kali ini.

Bukan hanya Misha, menerusi hari pertama SFMM39, penyanyi lagu Angau, Fahimi Rahmat juga menghantar wakil iaitu Sharul Kamal bagi menggantikannya yang sedang menunaikan ibadah umrah.

“Sebenarnya memang tiada syarat bahawa lagu yang bertanding mesti dinyanyikan penyanyi asal. Kita perlu lihat tujuan AJL dilaksanakan adalah tentang penciptaan lagu.

“Jadi, terpulang kepada komposer dan label untuk tentukan siapakah penyanyi yang mereka mahu hantar. Bahkan sejak AJL di era 80-an lagu sudah ada Rohana Jalil yang menyanyikan lagu artis lain,” jelasnya ketika ditemui Utusan Malaysia di sidang media Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir di Studio Glenmarie, semalam.

Terdahulu, pentas Muzik Muzik 39 Separuh Akhir yang berlangsung selama dua hari sudah bermula sejak semalam.

Malam pertama menyaksikan 17 lagu berentap di Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir iaitu Angau (Fahimi Rahmat), Retak Hatiku (Iera Milpan), Masihkan Ada Rasa Itu (Misha Omar), Terus Bersinar (Hafiz Suip), OMK (Zubir Khan, Ezra Khairo), Memori Mungkin Berulang (Siti Nordiana, Tomok), Sengaja (Amir Masdi), Aura (Ernie Zakri) dan Yennode Matcha (Zubir Khan).

Turut bertanding ialah lagu Saksama (Akim & The Majistret), Hening Rindu (Marsha Milan), Belakang Tabir (Syamel), ILU (Aepul Roza), Oh Huminodun (Elica Paujin), Pujaanku (Kugiran Masdo, Aisyah Aziz), Tangis (Nabila Razali) dan Helah, Puteri Khareeza.

Bagaimanapun, hanya 10 lagu terbaik bakal dipilih bagi membolosi senarai akhir ke kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-39 yang bakal diumumkan pada Jumaat.

Kesemua lagu diadili  Edry Abdul Halim sebagai ketua juri, Datuk Mokhzani, Efry Arwis, LY Baiduri , Helen Yap dan Ad Samad.

Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya