Subsidi diesel: Pengecualian Sabah, Sarawak bukan mainan politik

Subsidi diesel: Pengecualian Sabah, Sarawak bukan mainan politik

ARMIZAN Mohd. Ali ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyasaran subsidi diesel di Semenanjung tanpa melibatkan Sabah dan Sarawak bukan satu permainan politik serta tidak mencerminkan sifat double standard atau pilih kasih.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali menafikan pertimbangan dalam pengecualian penyasaran subsidi di Sabah dan Sarawak disebabkan faktor tempoh pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, beliau berkata, penyasaran subsidi diesel itu perlu dilakukan secara berperingkat kerana terdapat jurang yang perbezaan antara negeri-negeri tersebut dan semenanjung.

“Saya telah maklumkan sebelum ini bahawa ia bukan kerana pertimbangan pilihan raya dan jauh sekali bersifat double standard mahupun diskriminasi.

“Kita faham ia satu proses reform (pembaharuan) besar yang perlu dilakukan, maka kita perlu meminimumkan implikasi dengan melaksanakannya secara berperingkat.

“Atas dasar itu itulah kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan subsidi diesel bersasar di Semenanjung terlebih dahulu dan antara faktor utama kerana jurang perbezaan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang sekian lama agak besar,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Armizan berkata, satu nota Jemaah Menteri berhubung pemantauan jurang harga barang antara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan untuk tempoh Julai hingga September 2024 yang merujuk kepada perbezaan harga barangan antara Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung telah dibentangkan tiga minggu lalu.

“Sejumlah 480 item dipantau dan didapati 65 hingga 68 peratus barang dijual lebih mahal (di sabah dan Sarawak) berbanding Semenanjung.

“Kita khuatir sekiranya terdapat implikasi maka akan menambah jurang yang sememangnya lebar dan amat tinggi sebelum ini,” katanya.

Tambah Armizan, pengecualian Sabah dan Sarawak dalam penyasaran subsidi juga di ambil kira penggunaan kereta dan bahan api diesel tinggi yang disebabkan keperluan.

Kata beliau, pengecualian ini bukannya disebabkan faktor geografi dan keadaan infra jalan raya.

“Selain itu aspek ketersediaan data profiling dan mekanisme bersesuaian untuk penyaluran subsidi berkenaan bantuan tunai.

“Kita juga perlu memperbetulkan naratif mengenai subsidi diesel di Semenanjung dihapuskan perlu diperbetulkan kerana hakikatnya ia masih disalurkan secara bersasar melalui kaedah Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) mahupun bantuan tunai individu, begitu juga agri-komoditi,” katanya.

Mengulas mengenai jualan Menu Rahmah, beliau berkata, kerajaan menyediakan dua pendekatan untuk meneruskan dan menggalakakkan para peniaga yang konsisten menawarkan menu tersebut.

“Yang pertama, Kerajaan telah melancarkan kad diskaun menu rahmah sebelum ini tetapi ia ditawarkan oleh swasta oleh pasaraya. Peniaga Menu Rahmah boleh membeli barang-barang tertentu di pasar raya pada kadar diskaun.

“Pada masa yang sama, kerajaan juga mempertimbangkan pada kawasan-kawasan tertentu yang sedia ada ditawarkan menu rahmah ini supaya ia berterusan.

“Kita juga memberi ruang akses kepada peniaga Menu Rahmah melalui program Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) untuk membolehkan mereka menawarkan menu rahmah di kawasan secara bersasar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya