Suami wanita maut ditikam mahu suspek dikenakan hukuman setimpal

Suami wanita maut ditikam mahu suspek dikenakan hukuman setimpal

JENAZAH Siti Zulaila dan bapanya, Zulkifli Ibrahim ketika dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) malam tadi sebelum dibawa ke Tanjong Tokong untuk disolat dan dikebumikan. GAMBAR KECIL: SITI ZULAILA ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Suami wanita yang maut ditikam oleh seorang lelaki di hadapan lif sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam, kelmarin berharap suspek yang membunuh isteri dan bapa mertuanya itu dikenakan hukuman setimpal.

Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal, 30-an berkata, dia mahu pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek.

“Saya harap pihak berwajib akan kenakan tindakan undang-undang terhadap dia,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 12.54 tengah hari Khamis lalu, Siti Zulaila, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam oleh suspek dengan menggunakan sebilah pisau.

Suspek kemudiannya bertindak mengelar dan menikam dirinya sendiri beberapa kali selepas membunuh dua beranak tersebut.

Jenazah mereka kemudian disolatkan di Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong di sini selepas solat Isyak, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Shazwan turut menafikan bahawa dia dan isterinya telah berpisah seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Bila ramai fitnah kata arwah (isteri) janda, saya sedih. Saya sedih dengan kejadian ini, ditambah pula dengan dakwaan tidak sepatutnya, buatkan kami sebagai keluarga sangat terkesan. Dia isteri saya dan saya adalah suaminya yang sah,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu mempunyai tiga cahaya mata yang berusia antara 18 bulan hingga 10 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya