Suami kedekut dengan isteri, anak

Suami kedekut dengan isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
Suami saya sangat kedekut, liat untuk belanja anak-anak barangan mainan dan buku sekolah. Kalau keluar dengan keluarga, selalu makan di gerai tepi jalan. Tetapi bila dengan kawan-kawan, suami makan di restoran kopi mahal. Bagaimana saya mahu menegurnya?

-Isteri sedih

 

JAWAPAN
Dalam kehidupan berkeluarga, pengurusan kewangan adalah satu aspek penting yang boleh mempengaruhi keharmonian rumah tangga.

Jika kedua pasangan saling menjaga dan memahami hak ahli keluarga, pasti keharmonian dalam keluarga dapat dijaga dengan baik.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pasangan yang lebih mementingkan orang luar berbanding keluarga sendiri. Ini sekali gus mengundang rasa tidak puas hati dalam perhubungan.

Sikap sebegini bukan sahaja memberi kesan kepada isteri, malah anak-anak turut terabai. Oleh itu, penting bagi pasangan untuk berbincang secara terbuka dan berhemah tentang isu ini agar dapat mencapai penyelesaian yang adil dan harmoni, demi kebahagiaan bersama. Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk menegur suami:

a)Berkomunikasi – Cari masa yang sesuai untuk berbincang. Pastikan Puan dan suami dalam keadaan tenang. Gunakan bahasa yang lembut dan tidak berfokuskan kepada mencari kesalahan pasangan. Elakkan perbualan jika melihat suami dalam keadaan penat atau tertekan.

b)Perancangan kewangan – Ajak suami untuk bersama-sama membuat perancangan bajet keluarga. Langkah ini dapat membantu suami untuk melihat kepentingan mengimbangi perbelanjaan antara kawan-kawan dan keluarga. Puan juga boleh mencadangkan tabungan atau peruntukan bulanan untuk aktiviti bersama keluarga.

c)Melibatkan anak-anak dalam perbincangan – Penglibatan anak-anak semasa merancang aktiviti keluarga dapat membantu suami lebih mengetahui keinginan isteri dan anak-anak. Fokus kepada keperluan pembelajaran dan aktiviti luar bersama keluarga seperti makan dan bermain.

d)Perancangan keperluan anak – Senaraikan keperluan anak-anak seperti buku-buku, kelas tambahan, makanan keperluan dan bentangkan kepada suami. Sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada suami tentang keperluan anak-anak yang wajar diberi perhatian.

e)Bengkel pengurusan kewangan keluarga – Ajak suami untuk menghadiri kelas atau bengkel tentang pengurusan kewangan. Ia boleh memberi pandangan baharu kepada suami mengenai pentingnya perbelanjaan yang seimbang antara keluarga dan aktiviti sosial.

f)Fokus pada kebaikan keluarga – Tekankan kepada suami yang tujuan perbincangan adalah untuk kebaikan keluarga dan kesejahteraan anak-anak demi mendapatkan penyelesaian bersama.

Kesimpulannya, menghadapi isu perbelanjaan dalam keluarga memerlukan komitmen berterusan supaya pasangan dapat melihat kepentingan dan memberi perhatian kepada keperluan keluarga sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya