Suami isteri edar dadah 51.9kg bernilai RM2 juta ditahan - Utusan Malaysia

Suami isteri edar dadah 51.9kg bernilai RM2 juta ditahan

KHAW Kok Chin (dua dari kiri) menunjukkan bungkusan dadah syabu yang berjaya dirampas pada Isnin lalu dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Pasangan suami isteri yang memperoleh pendapatan lumayan dengan menyeludup dadah jenis syabu ditangkap polis pada Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, dadah tersebut ditemui di bahagian bonet sebuah kereta Proton Preve di kawasan letak letak kereta, Pusat Perniagaan Slim Perdana, Taman Sri Jaya, Slim River di sini pada pukul 3.35 petang.

“Polis berjaya merampas 50 bungkus plastik yang mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 51.97 kilogram (kg) yang bernilai RM2 juta.

“Pasangan suami isteri merupakan warga tempatan berumur 25 tahun. Turut ditahan pembantu mereka seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di sini hari ini.

Turut hadir, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat dan Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir.

Dadah syabu itu boleh digunakan seramai 260,000 penagih dadah.

Katanya lagi, suspek utama dikenali transporter (penghantar) iaitu lelaki berumur 25 tahun itu mendapat ganjaran RM2,000 setiap kali berjaya menyelesaikan penghantaran.

“Sementara itu, pembantunya iaitu suspek lelaki berumur 27 tahun akan mendapat RM100 sebagai upah dan isterinya akan berkongsi dengannya,” katanya.

Dalam pada itu, Kok Chin berkata, modus operandi sindiket ini ialah menyeludup masuk bekalan dadah dari negara jiran bersempadan dengan Utara Semenanjung untuk pasaran tempatan menggunakan jalan darat.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari sehingga 18 November ini.

“Hanya suspek utama didapati positif dadah syabu dan tiga rekod jenayah berkaitan kes jenayah serta dadah. Sementara itu, dua suspek lain negatif pengambilan dadah dan kes jenayah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya