SPRM siasat kes penipuan pindah milik tanah

SPRM siasat kes penipuan pindah milik tanah

SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah membuka kertas siasatan membabitkan kes penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut sumber, SPRM telah memanggil tiga individu yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan serta maklumat, selain telah memperoleh beberapa dokumen berkaitan kes itu.

“Fokus siasatan SPRM tertumpu kepada isu rasuah serta penggunaan dokumen-dokumen yang dipercayai palsu bagi tujuan pindah milik tanah-tanah terbabit.

“SPRM juga telah mengenal pasti individu-individu serta agensi yang disyaki terbabit dan akan memanggil mereka dalam waktu terdekat,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail mengesahkan siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

Baru-baru ini, tular kenyataan seorang lelaki dikenali sebagai Abu Ismail Abu Yaziz dan anak perempuannya yang tidak berpuas hati dengan pihak polis khususnya Polis Daerah Kota Setar yang didakwa seolah-olah tidak mengambil tindakan ke atas laporan yang dibuat.

Bagaimanapu, polis menafikan dakwaan pihaknya tidak mengambil tindakan ke atas laporan yang dibuat berhubung isu pertikaian Lesen Pendudukan Sementara (LPS) ke atas sebidang tanah di Mukim Kuala Kedah.

Pertikaian antara individu terbabit bersama seorang lagi individu lain tercetus sejak tahun 2013 dan telah dibawa ke peringkat mahkamah. Beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh kedua-dua pihak berkaitan isu itu.

Tiga kertas siasatan telah dibuka melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 506, Seksyen 437 dan Seksyen 468 Kanun Keseksaan dengan dua daripadanya telah selesai sementara satu lagi siasatan masih diteruskan memandangkan beberapa dokumen yang didakwa palsu, memerlukan pengesahan pihak-pihak berkaitan.– UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya