SPRM sambung rekod keterangan Vivy, suami pagi ini

SPRM sambung rekod keterangan Vivy, suami pagi ini

Sebahagian pengamal media berkumpul di luar bangunan SPRM di sini bagi mengikuti perkembangan siasatan Vivy Yusof dan suami.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Proses rekod keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bersambung pagi ini.

Proses terbabit sepatutnya dijadual bermula pada pukul 10 pagi ini.

Bagaimanapun setakat pukul 10.45 pagi tadi, pasangan suami isteri itu masih belum tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Menurut sumber, proses rakaman percakapan itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM mengambil keterangan pasangan itu di lokasi sama selepas mereka hadir pada pukul 2.30 petang dan selesai pada pukul 10 malam.

Proses itu dijalankan susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Vivy dan Fadzaruddin antara enam individu yang dirakam percakapan susulan pegawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN