SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral Management diambil keterangan

SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral Management diambil keterangan

SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management (SMM) Sdn. Bhd., Jontih Enggihon bagi membantu siasatan.

Ia susulan siasatan berkaitan dakwaan rasuah perolehan projek mineral membabitkan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Subbiah mengesahkan bekas CEO terbabit sudah dipanggil untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Jontih disoal siasat selama hampir tujuh jam berhubung laporan SPRM yang dibuat terhadapnya.

Difahamkan Jontih hadir ke ibu pejabat SPRM itu pada pukul 2.30 petang semalam berkaitan dakwaan bersekongkol dengan pemberi maklumat yang mencemarkan kerajaan negeri dengan beberapa siri video yang mendakwa skandal rasuah.

Media sebelum ini melaporkan SPRM Sabah sudah memulakan siasatan membabitkan dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral membabitkan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Adun.

SPRM dilaporkan berkata, pihaknya sudah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri itu.

Menurutnya, siasatan awal berhubung aduan itu membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa Adun Sabah dengan ahli perniagaan terbabit.

“Setakat ini, lima Adun sudah dipanggil untuk dirakam percakapan, dan siasatan masih giat dijalankan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan pemberi maklumat skandal rasuah mendapat perhatian selepas mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagi meminta campur tangan berhubung permintaannya untuk perlindungan dan kekebalan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Pemberi maklumat mendakwa mempunyai lapan video menunjukkan Adun berbincang mengenai wang.

Dia mendakwa bahawa ia adalah rasuah yang diberikan sebagai pertukaran untuk sokongan mereka bagi mendapatkan projek di negeri terbabit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya