SPRM rakam keterangan  Vivy, suami tiga jam 

SPRM rakam keterangan  Vivy, suami tiga jam 

KENDERAAN yang membawa pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar keluar selepas selesai hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , di sini, hari ini./GAMBAR:FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas tiga jam memberi keterangan, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilahat meninggalkan  Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasangan itu meninggalkan bangunan SPRM pada  pukul 4.23 petang dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna hitam.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama  ada pasangan itu akan dipanggil semula atau tidak.

Ketika ini, belum ada pengesahan dan kenyataan rasmi daripada SPRM berhubung perkara itu.

Pasangan itu tiba di bangunan SPRM pada  pukul 12.54 tengah hari bagi mengikuti hari kedua diambil  keterangan oleh SPRM.

Menurut sumber, proses rakaman percakapan itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM mengambil keterangan pasangan itu di lokasi sama selepas mereka hadir pada pukul 2.30 petang dan selesai pada pukul 10 malam.

Proses itu dijalankan susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Vivy dan Fadzaruddin antara enam individu yang dirakam percakapan susulan pegawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, semalam.

Malah semalam, pegawai penyiasat SPRM menyerbu pejabat FashionValet, Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah dan PNB.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya