Skim Takaful Tanaman Padi bantu pesawah terjejas bencana - Utusan Malaysia

Skim Takaful Tanaman Padi bantu pesawah terjejas bencana

MAHFUZ Omar melawat pusat ternakan lembu pada program kerjasama PPK Batu Kurau dan Pusat Koreksional Kamunting di Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Pesawah di seluruh negara digesa mendaftar dalam Skim Takaful Tanaman Padi supaya mereka boleh memohon untuk mendapat ganti rugi jika tanaman mereka rosak akibat bencana alam seperti banjir dan kemarau.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan telah memulakan pendekatan baharu Skim Takaful Tanaman Padi secara percuma selama dua musim bernilai RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

“Pesawah diminta untuk segera mendaftar di mana-mana Bank Pertanian (Agro Bank) atau datang ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi membolehkan mereka mendapat pampasan sekiranya berlaku bencana.

“Apabila masuk musim tengkujuh, tanaman padi akan terdedah kepada banjir dan ini bukan hanya memberi kesan kepada pesawah tetapi juga turut memberi kesan kepada makanan ruji negara,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program kerjasama antara Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau dan Pusat Koreksional Kamunting di sini hari ini.

Menurut Mahfuz, jika tanaman padi ditenggelami banjir melebihi tiga hari, padi akan rosak dan merugikan pesawah.

“Menerusi Skim Takaful Tanaman Padi ini, tanaman yang terjejas akan mendapat ganti rugi dan pampasan.

“Sebab itu kita gesa agar semua pesawah di negara ini untuk segera mendaftar skim tersebut supaya tanaman mereka dapat dilindungi ketika bencana melanda dan mereka tidak menanggung kerugian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya