Skandal rasuah tidak rosakkan reputasi GRS - Masiung

Skandal rasuah tidak rosakkan reputasi GRS – Masiung

MASIUNG Banah semasa sidang akhbar di DUN Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah tidak melihat isu skandal rasuah yang didakwa membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah akan menjejaskan reputasi kerajaan.

Katanya, beliau tidak nampak pendedahan itu akan merosakkan reputasi kerajaan, malah apa yang dilihat, ia akan memperkukuhkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Plus.

“Kalau kita nampak dalam media sosial, komen-komen orang, orang kita sudah matang, sudah dewasa. Jadi, mereka tahu mana yang betul, mana yang fitnah dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Katanya, beliau menyerahkan perkara berkaitan pendedahan rasuah itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. 

Jika dilihat ada pihak yang telah melaporkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jadi biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Sebelum ini, sebuah portal berita mendedahkan beberapa rakaman audio dan video yang membabitkan ADUN Sabah yang dipercayai terlibat dengan skandal rasuah membabitkan perlombongan mineral di negeri ini.

Pada Ahad, SPRM memaklumkan lima ADUN Sabah yang disyaki terbabit dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral telah dipanggil untuk memberi keterangan. 

Antara ADUN yang dikaitkan adalah Datuk Dr. Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Rubin Blang (Kemabong), Datuk Mohd. Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya