Skandal rasuah cetus perang mulut antara Hajiji-Mohd. Shafie

Skandal rasuah cetus perang mulut antara Hajiji-Mohd. Shafie

MOHD. Shafie Apdal (tengah) semasa menghadiri persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Isu skandal rasuah yang didakwa melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mencetuskan perbalahan antara Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada Persidangan DUN Sabah, hari ini.

Mohd. Shafie (Warisan-Senallang) meminta Ketua Menteri menjelaskan secara terperinci mengenai isu berkenaan biarpun perkara itu masih dalam proses siasatan.

“Perkara ini saya bimbang akan melahirkan keadaan yang menjejaskan bukan hanya imej kita…perlu dijelaskan secara terperinci dan ini bukan penghinaan terhadap mahkamah kerana ia masih di peringkat siasatan. Fakta dan kenyataan perlu dijelaskan supaya rakyat maklum,” katanya semasa sesi penggulungan Jabatan Ketua Menteri pada persidangan DUN Sabah, hari ini.

Mendengar permintaan tersebut, Haiji berkata, beliau beranggapan pendedahan portal berita itu bermotifkan politik untuk menjejaskan imej kerajaan termasuk imejnya sebagai Ketua Menteri.

“Saya ingin jelaskan setiap yang kita lakukan dan beri kelulusan adalah melalui mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah. Tapi, saya ingin katakan di sini, saya bukan menuduh tapi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), mengikut laporan pegawai SMM (Sabah Mineral Management), ia tidak berpandukan kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah.

“Sebagai CEO, dia buat surat meluluskan dan membenarkan untuk beri prospecting license (PL) kepada syariakt tertentu dan ini sudah kita sampaikan kepada SPRM dan laporan polis,” katanya.

Menurut Hajiji, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan untuk mengenal pasti siapa yang salah dan apa motif, kenapa jadi begini kerana tatakelola yang dilakukan dalam meluluskan PL berkenaan.

“Ini belum lagi melombong, belum ada duit lagi, diorang sudah fikir lain. Itu yang saya nampak tapi saya tidak mahu menjelaskan dalam Dewan ini. Biarlah pihak berkuasa menyiasat secara adil.

“Saya sudah nyatakan sejak awal bahawa tiada apa-apa yang hendak disembunyikan. Saya nampak ini banyak permainan. YB Senallang pun ahli politik lama tapi itu biarlah, sebagai orang politik kita hadapai apa pun kerana akhirnya rakyat yang buat keputusan,” katanya.

Mohd. Shafie kemudian menyatakan ada antara pemimpun yang mengeluarkan kenyataan bahawa ini motif politik pembangkang. Maka, beliau mahu tahu jangan hanya menuduh pembangkang.

Sementara itu, Hajiji berkata, mungkin ada yang bercakap pembangkang tapi tidak semestinya ketua pembangkang. Mereka tidak pernah menuduh secara langsung kepada wakil-wakil rakyat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya