Skandal rasuah ADUN: Siasat sampai akar umbi

Skandal rasuah ADUN: Siasat sampai akar umbi

Datuk Dr. Aliakbar Gulasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pemimpin-pemimpin politik di negeri ini menggesa agar skandal rasuah yang didakwa melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah segera disiasat bagi memastikan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan berkata, Pas menggesa agar pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini sampai ke akar umbi.

“Pas Sabah berharap pemberi dan penerima rasuah dikenakan hukuman yang setimpal dan sewajarnya. Tindakan tegas perlu bagi menyelamatkan negara ini daripada pengkhianat dan penipu. ⁠Rasuah merupakan satu malapetaka besar kepada manusia dan boleh menjadi barah yang sangat berbahaya kepada sistem pentadbiran negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Sabah, Razif Abdillah turut menggesa SPRM melakukan siasatan dengan segera.

Beliau berkata, sekiranya SPRM boleh menyiasat kes-kes tular dalam media sosial seperti kes dana Aman Palestin serta FashionValet maka, siasatan juga harus dimulakan dalam skandal rasuah yang didakwa membabitkan beberapa ADUN Sabah itu.

Biarpun ada pihak yang mendakwa, audio suara yang tersebar itu adalah rekaan kecerdasan buatan (AI) namun, siasatan perlu dilakukan bagi membuktikan dan mengesahkan bahawa audio yang tersebar itu tidak sahih dan sekadar satu fitnah.

“Rasuah adalah satu masalah yang amat serius yang telah melanda negara kita melalui pelbagai kes sebelum ini. Sedikit sebanyak ia mencacatkan reputasi negara di mata dunia. 

“Kini, rasuah didakwa berlaku di Sabah melibatkan nama-nama besar. Jadi, AI atau apa juga rakaman suara itu, SPRM perlu bertindak.

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor  menyatakan keterbukaan agar siasatan dijalankan dan memberi saranan agar pemberi rasuah juga turut dikenakan tindakan.

Katanya, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan kerajaan Sabah sedia memberi kerjasama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya