SK Bukit Mutiara ungguli Anugerah Sekolah Lestari Alam Sekitar

SK Bukit Mutiara ungguli Anugerah Sekolah Lestari Alam Sekitar

SUDUT Mutiara Solsantuary yang menggabungkan akuarium dan tanaman sayur-sayuran yang dipamerkan di SK Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn Johor membuktikan komitmen mereka dalam menanam sikap mengutamakan alam sekitar dalam kalangan murid-muridnya berbaloi apabila menjulang Anugerah Sekolah Lestari Alam Sekitar 2024 (SLAS) peringkat kebangsaan.

Usaha keras warga pendidik sekolah tersebut yang diketuai Guru Besar, Noor Huda Hamid dalam misi menjaga alam sekitar secara lestari dalam kalangan murid-murid sekolah berjaya diterapkan dengan begitu sempurna tetapi diiktiraf di peringkat nasional.

 

Segala penat lelah mereka berbalas walaupun guru dan murid-murid terpaksa menghadapi pelbagai tugasan hakiki terutama mendidik dan belajar.

“Saya bersyukur apabila sekolah kami di Anugerahkan Sekolah Lestari Alam Sekitar 2024 terbaik peringkat kebangsaan yang diadakan di Langkawi baru-baru ini.

“Ia begitu bermakna buat warga SK Bukit Mutiara kerana pengorbanan guru mendidik murid-murid ke arah kelestarian sekolah dengan begitu cemerlang.

“Tanpa idea kreatif dan inovasi daripada guru sudah tentu kejayaan ini tidak akan tercapai dengan mudah,” katanya kepada Utusan Pelajar di SK Bukit Mutiara.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar; Pengarah Pendidikan Johor Mohd Hanafi Samad, dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor Dr Mohd. Fahmey Yusoff.

Anugerah yang diadakan di Hotel Park Royal, Pulau Langkawi pada 21 Oktober lalu disampaikan oleh Raja Muda Kedah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Menurut beliau, kejayaan SK Bukit Mutiara kerana menjalankan 14 daripada 17 teras Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang merupakan syarat utama kelestarian sekolah.

Sebanyak 14 SDG yang berjaya dicapai ialah Tiada Kemiskinan, Sifar kelaparan, Sihat dan Kesejahteraan, Pendidikan Berkualiti, (Kesamarataan Gender), Air Bersih dan Sanitasi.

Selain itu teras lain ialah membuat Tenaga Mampu Milik dan Bersih, Mempromosikan Perkembangan Ekonomi Mampan dan Menyeluruh, Perindustrian, Inovasi dan Insfrasruktur, Ketaksamaan yang Dikurangkan, Bandar Komuniti Lestari, Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab, Tindakan Iklim) dan Kehidupan di Bawah Air.

Noor Huda berkata, SK Bukit Mutiara juga menjayakan program 4R iaitu Pendidikan Semula , Guna Semula, Kitar Semula dan Kurangkan.

“Program ini juga dirangka dalam menyebarluaskan maklumat berhubung fungsi dan peranan Jabatan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta merupakan wadah perkongsian berkaitan inisiatif serta kejayaan SK Bukit Mutiara,” jelasnya.

 

Sekolah berkenaan juga jelas Noor Huda mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Program Kesedaran Alam Sekitar Sekolah Lestari (SLAAS) 2023/2024 Peringkat Negeri Johor. Selain itu, kejayaan lain yang dicapai SK Bukit Mutiara adalah mendapat pengiktirafan dari Microsoft Showcase School, Sekolah Show Case Kelestarian MBJB LA 21 dan Top 10 Iskandar Malaysia Rendah Karbon (IMELC).

Suasana persekitaran turut memainkan peranan dalam kelestarian sekolah antaranya membuat tanaman herba, penjimatan dengan membuat takungan tadahan air hujan dan pendingin hawa, sudut minda sihat, laman sihat minda dan Servival Skill.

Satu laman yang diberi nama Mutiara Solsantuary antara laman yang paling menarik perhatian iaitu kaedah gabungan antara aquascape ecophnics dalam satu pusingan air.

Aquascape adalah penanaman sayuran-sayuran dan ulam-ulaman seperti pegaga, daun sup, bayam brazil dengan air sebagai media tanaman.

Sistem kitaran air akan mengalirkan air daripada akuarium ke tangki penapis dan daripada takungan air akan mengalir ke tanaman dan kembali semula ke dalam akuarium.

“Harapan saya sekolah ini menjadi sekolah pusat tadahan ilmu melalui pendigitalan dan kelestarian.

“Terima kasih kepada PIBG (persatuan ibu bapa dan guru) dan komuniti kerana menyokong usaha murni yang dijalankan demi kebaikan 1,072 murid di samping mendapat kerjasama daripada SWM, Johor land dan UTM.

“Sesungguhnya SK Bukit Mutiara ‘Bukan Sekadar Sekolah’ tetapi ‘Mutiara ilmu’ yang menerangi warga pendidik dan murid sekolah ini,” katanya.

Murid Tahun Enam SK Bukit Mutiara, Izz Dhia Sofia Mohd. Fauzi, 12, berkata, keceriaan sekolah mendorongnya begitu bersemangat untuk datang ke sekolah.

“Selain belajar di kelas saya juga dapat ,memanfaatkan ilmu di luar bilik darjah dengan pelbagai aktiviti pembelajaran, ” katanya. kepada Utusan Pelajar.

Bagi Nur Eryna Suhaila Saipol Bakhtiar 12, suasana persekitaran sekolah yang cantik dengan pelbagai sudut ilmu memberi manfaat kepada semua murid, ” jelasnya. Begitu juga dengan Aurellia Malik, 12, yang mendapat banyak ilmu dengan cara menanam pokok roselle terutama dalam mata pelajaran sains, ia satu bentuk aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.

Guru kaunseling SK Bukit Mutiara Khairunisa Johari berkata, satu sudut mengenali tumbuhan herba dan khasiatnya dilukis pada dinding sekolah bagi mengenal pasti jenis tanaman herba dan khasiatnya.

“Daripada situ mereka tahu apa itu pokok herba dan khasiat yang terkandung pada tanaman herba tersebut.

“Mereka turut diajar cara menanam dengan sistematik dengan kaedah yang betul supaya mereka dapat mempraktikkan di rumah,” ujarnya. Menurut Khairunisa, air untuk menjirus pokok hanya menggunakan air tadahan hujan dan air dari pendingin hawa yang disimpan di dalam tangki tanpa menggunakan air paip dan ini merupakan satu bentuk penjimatan air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya