Situasi banjir tidak berubah

Situasi banjir tidak berubah

BANJIR di Kelantan tidak banyak berubah dengan 30 mangsa masih ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Bachok di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini tidak banyak berubah dengan 30 mangsa masih ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Bachok di sini.

Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan ketika dihubungi berkata, kesemua mereka daripada 11 keluarga yang berada di pusat penempatan sementara (PPS) itu sejak semalam.

“Bagaimanapun, jajahan lain masih belum dilanda banjir.

“Kita akan terus melaksanakan pemantauan dari masa ke masa,” katanya.

Sementara itu paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada tahap amaran iaitu 8.68 meter.

Sungai Melor di Jambatan Melor, Kota Bharu dan Sungai Semarak, Pasir Puteh masing-masing pada tahap waspada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya