Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dianugerahkan gelaran Bidunita Negara dalam Anugerah Seni Negara 2024 pada Rabu.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.

Perkara tersebut turut disahkan pihak pengurusan Siti Nurhaliza Legacy dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd menerusi satu kenyataan akhbar.

“Pertama sekali, dengan penuh keinsafan dan rendah diri, saya ingin menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas anugerah ini.

“Dari hati yang luhur, saya melihat anugerah ini bukan sekadar pengiktrafan kepada pencapaian kerjaya seni saya, namun merupakan lambang penghargaan kepada semua insan seni yang sentasa memperjuangkan keindahan budaya dan muzik tanahair.

“Amanah dan kepercayaan ini juga merupakan satu tanggungjawab buat saya secara peribadi untuk terus memartabatkan seni dan budaya terutama dalam bidang muzik untuk terus cemerlang dan subur mewarnai zaman,” kata Siti.

Untuk rekod, hanya tiga legenda yang pernah menerima anugerah ini iaitu Allahyarham Saloma (1978), Allahyarham Sharifah Aini (2006), dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya