Sistem laluan sehala di Tapah jejas peniaga

Sistem laluan sehala di Tapah jejas peniaga

AZRUL Azmi Aziz (dua dari kiri) menunjukkan tanda tangan peniaga dan penduduk taman perumahan yang memohon sistem laluan sehala di Tapah dikaji semula. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Majoriti ‘orang lama’ yang menetap di sini memohon sistem laluan sehala dilaksanakan bermula 23 Ogos lalu di bandar ini dikaji semula atau ditambah baik demi kesejahteraan penduduk.

Ketua Koordinator Gabu­ngan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Batang Padang, Azrul Azmi Aziz berkata, pihaknya tidak menolak sebarang inisiatif dan usaha pihak berwajib untuk kemajuan dan keselesaan penduduk, namun perlu menjadikan aspek ekonomi, sosial dan keselamatan penduduk sebagai keutamaan.

“Gabungan NGO Batang Padang terdiri daripada semua kaum melibatkan peniaga, ka­ki­tangan awam dan swasta yang menggunakan laluan ter­sebut selain mencari rezeki dengan mengusahakan perniagaan di situ.

“Bukan kami ingin bersifat sombong dan menjadi pendesak tetapi majoriti kami merupakan penduduk tetap di Tapah dan apa sahaja isu melibatkan kepentingan rakyat di sini sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Ujarnya, lebih 300 peniaga dan penjaja mendakwa pendapatan mereka merosot sehingga 90 peratus selain ada yang terpaksa tutup operasi kerana sistem haluan sehala tersebut.

“Kami khuatir semakin ramai akan menjauhi bandar Tapah berbanding sebelum ini untuk ke Cameron Highlands dan lokasi percutian menarik lain.

“Malah, ada penduduk kini beralih membeli barangan ke­perluan di tempat lain seperti Teluk Intan dan Kampar yang ternyata menjejaskan peniaga di sini kerana ingin lari daripada trafik yang agak kelam-kabut ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya