Simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku. anak didakwa membunuh

Simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku, anak didakwa membunuh

TERTUDUH N. Deanesh (dua dari kiri) ketika perbicaraan di Mahkamah Majistret hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pastor sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya sebelum menyimpan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku, tiga tahun lalu.

Bagaimapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, N. Deanesh, 53, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohammed @ Mohamad Said kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Deanesh didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian ibunya, Catherine Daniel, 80 di sebuah rumah mereka di Taman OUG Brickfields di sini di antara pada 1 Mac hingga 26 Mac 2021.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksima 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak memberikan sebarang ikat jamin dan menetapkan 7 Februari 2025 bagi sebutan semula kes berkenaan bagi mendapatkan laporan perubatan, bedah siasat dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada 12 November lalu, media melaporkan perbuatan lelaki itu terbongkar selepas kediamannya diperiksa pasukan polis yang menerima panggilan daripada suspek kira-kira 9 pagi.

Difahamkan, suspek menghubungi talian kecemasan kerana tidak sihat dan pasukan yang tiba dimaklumkan mengenai mayat ibunya disimpan dalam peti sejuk beku.

Menurut sumber, suspek mendakwa membunuh wanita berusia 77-an itu di kediamannya pada 2021. Suspek mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN