Sidang DUN: Gangguan bekalan air jadi cabaran Pulau Pinang

Sidang DUN: Gangguan bekalan air jadi cabaran Pulau Pinang

CHOW Kon Yeow berucap dalam Persidangan DUN di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Gangguan bekalan air yang agak kerap merupakan antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh Pulau Pinang dalam usaha menjadikan negeri itu sebagai Lembah Silikon Timur.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selain itu, bekalan air yang terhad terutamanya untuk kegunaan perindustrian sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Pulau Pinang.

“Harga tanah perindustrian yang tinggi serta kekurangan tanah perindustrian yang bersaiz sekurang-kurangnya 80.93 hektar pada setiap masa menyebabkan pelabur mempunyai pilihan yang sangat terhad untuk memilih tapak projek.

“Peningkatan kos menjalankan perniagaan seperti kenaikan harga tanah, cukai taksiran, tenaga elektrik dan bekalan air menjadikan Pulau Pinang lokasi yang kurang menarik untuk para pelabur,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) menjawab soalan Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) mengenai cabaran serta usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.

Menurut Kon Yeow, kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak juga antara masalah utama yang dihadapi Pulau Pinang dalam masa ini.

“Masalah kekurangan bakat dan banjir kilat di sesetengah kawasan utama seperti Bayan Lepas, Bayan Baru dan Sungai Ara turut menjadi cabaran utama di negeri ini,” katanya.

Tambah Kon Yeow, Pulau Pinang turut berdepan persaingan sengit untuk menarik pelaburan asing dari negara lain seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia.

“Selain itu, antara Penerbangan antarabangsa yang terhad di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga antara cabaran yang perlu ditangani di negeri ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, katanya, bagi sektor ekonomi digital, kekangan atau cabaran yang dihadapi termasuklah kekurangan pejabat gred A atau bangunan MSC Cybercenter yang mampu menampung permintaan pelabur yang tinggi pada masa kini, persaingan dalam penawaran insentif oleh negeri dan negara lain, serta kekurangan tenaga kerja mahir yang mencukupi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya