Siasatan libat dakwaan Ummu Attiyah siap minggu ini, dua lelaki masih dikesan 

Siasatan libat dakwaan Ummu Attiyah siap minggu ini, dua lelaki masih dikesan

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan dua lagi lelaki selepas didakwa mengurung anak sulung bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari, Ummu Atiyyah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan masih dijalankan pihaknya dan menunggu beberapa maklum balas daripada individu terlibat.

Beliau berkata, kertas siasatan berhubung dakwaan itu dijangka disiapkan minggu ini sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Dua daripada empat individu masih dikesan, siasatan dijangka siap minggu ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 29 Oktober lalu, seorang daripada empat lelaki didakwa mengurung Ummu Atiyyah pernah ditahan sebelum ini.

Suspek ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) susulan siasatan polis ke atas GISB Holdings (GISBH), baru-baru ini.

Lelaki terbabit adalah antara kumpulan individu yang ditahan pada peringkat awal Op Global dilaksanakan.

Sebelum ini, polis sudah mengenal pasti empat lelaki dipercayai terbabit mengurung Ummu Atiyyah.

Pada 18 Oktober lalu, Ummu Atiyah, 41, mendakwa dia pernah menjadi mangsa keganasan serta dirogol seorang pemimpin GISBH.

Kejadian itu dikatakan berlaku sewaktu dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu pada 2015.

Wanita itu mendakwa dia turut dikurung di sebuah perkampungan GISBH di Batu Hampar, Perak.

Susulan itu, pada 20 Oktober lalu, Ummu Atiyyah menunjukkan kepada pihak polis lokasi dia mendakwa ditahan selama sebulan di Kampung Batu Hampar Dalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya