Siasatan 6 kontena bongkar seludup rokok bernilai RM6.38 juta

Siasatan 6 kontena bongkar seludup rokok bernilai RM6.38 juta

RAIZAM Setapa@Mustapha menunjukkan barangan rampasan selepas sidang akhbar di Unit Siasatan Frod Perdagangan Ibu Pejabat JKDM di Dengkil Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhasap enam buah kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor membongkar satu kegiatan penyeludupan rokok bernilai RM6.38 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa@Mustapha berkata, pemeriksaan yang dilakukan pada 12 November lalu itu menemukan sejumlah 8.39 juta batang rokok putih disyaki tidak berkastam disorok di sebalik produk makanan serta minuman.

Menurut beliau, siasatan awal ke atas dokumen perkapalan dagangan itu diisytiharkan sebagai pelbagai barangan.

“Siasatan juga mendapati rokok putih dari Asia Selatan ini adalah untuk tujuan import ke Malaysia dan tidak mempunyai permit import,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Raizam berkata, nilai rokok putih yang disita dianggar hampir RM784,117 membabitkan duti dan cukai sebanyak RM5.6 juta.

Katanya, seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an  yang juga merupakan ejen perkapalan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Peraturan-Peraturan Zon Bebas 30(1) Akta Zon Bebas 1990 dan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Beliau menjelaskan, kesalahan mengimport barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan.

“Orang ramai membantu pihaknya memerangi jenayah penyeludupan khusus rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya