SFMM39: Peminat tanya mana Misha Omar? - Utusan Malaysia

SFMM39: Peminat tanya mana Misha Omar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ketiadaan penyanyi, Misha Omar yang
sepatutnya tampil mendendangkan lagu Masihkah Ada Rasa Itu di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM39) mencetuskan tanda tanya.

Difahamkan, pemilik nama lengkap Samihah @ Aisah Omar, 42, itu tidak dapat beraksi pada malam ini disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.

Dalam pasa itu, posisi penyanyi itu telah digantikan oleh Vanessa Reynauld yang berjaya membawakan lagu tersebut dengan cemerlang.

Bagaimanapun, mengintai respons peminat di platform X, rata-rata kecewa Misha tidak menyanyikan lagu tersebut pada malam ini.

“Kecewa Misha Omar tidak ada. Saya mahu keadilan untuk Masihkah Ada Rasa Itu. #SFMM39,” kata seorang pengguna aplikasi tersebut.

“Maaf cakap tapi semua lagu Misha Omar memang tercipta untuk dia seorang sahaja. Vanessa okay tapi saya mahukan Misha Omar juga,” kata seorang lagi peminat penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu.

“Jika Masihkah Ada Rasa Itu layak ke pentas akhir, kami mahukan Misha Omar. Noktah,” kata seorang peminatnya.

Masihkah Ada Rasa Itu antara 30 lagu yang mara ke SFMM39 untuk merebut 10 kerusi ‘panas’ ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 yang dijadualkan awal 2025.

Malam ini 17 lagu dipersembahkan termasuk Pujaanku nyanyian Masdo dan Aisyah Aziz, Memori Mungkin Berulang (Tomok & Siti Nordiana), Tangis (Nabila Razali) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip).

Manakala, malam esok 13 lagi calon AJL 39 bakal pertaruhkan sebelum keputusan 10 karya terbaik diumumkan untuk merebut trofi Lagu Terbaik.

SFMM39 yang dikendalikan dua pengacara hebat, Izzue Islam dan Fiza Frizzy itu membariskan juri profesional Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad yang diketuai Edry Abdul Halim. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya