Sesak: Naik taraf Jalan Lok Kawi bermula Mei tahun depan

Sesak: Naik taraf Jalan Lok Kawi bermula Mei tahun depan

ARMIZAN Mohd. Ali (dua kanan) semasa melawat lokasi projek naik taraf Jalan Lok Kawi di Kinarut, Papar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Isu kesesakan jalan dihadapi kira-kira 30,000 pengguna di Jalan Lok Kawi dijangka mampu diselesaikan dengan kerja-kerja menaik taraf  jalan tersebut bermula tahun depan.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kerja-kerja menaik taraf jalan tunggal dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong dua hala itu dijangka bermula selewat-lewatnya Mei tahun depan.

Beliau berkata, projek menaik taraf jalan yang bernilai RM67 juta itu membabitkan jarak sepanjang 1.3 kilometer bermula dari bulatan Sabindo sehingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, sasaran pembinaan projek itu akan mengambil masa  tiga tahun selepas kelulusan bagi menaik taraf diumumkan oleh Perdana Menteri semasa lawatan ke Lok Kawi pada 31 Mei 2023. 

“Kos anggaran sebanyak RM67 juta itu bukan untuk kos pembinaan sahaja, separuh daripadanya melibatkan isu-isu pengambilan tanah, pembinaan jejantas dan pemindahan utiliti,” katanya semasa melawat tapak projek naik taraf Jalan Lok Kawi di Papar semalam.

Menurut beliau, berdasarkan tinjauan pada 2021, pengguna jalan raya di Jalan Lok Kawi telah mencapai 27,000 kenderaan  dalam tempoh sehari dan sekarang jumlah itu  sudah mencecah kepada 30,000 kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya