Senator dilantik Pengerusi KNKV Group

Senator dilantik Pengerusi KNKV Group

ZURAINAH Musa ketika menghadiri National CEO Symposium 2025 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senator Dewan Negara, Datuk Seri Dr. Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi KNKV Group.

Ketua Pegawai Eksekutif KNKV Group, Prof. Adam Shah Abdul Rahman berkata, pelantikan dibuat dengan mengambil kira pengalaman luas ahli politik itu dalam memperkukuh ekosistem perniagaan serta memperkasa usahawan dan sektor korporat di Malaysia.

“Pelantikan itu juga memberi nilai strategik kepada syarikat ini. 

“Justeru sebagai langkah pertama dalam kepemimpinan baharu itu, pihak kami dengan kerjasama Dewan Perniagaan Muslim Insiders menganjurkan National CEO Symposium 2025 iaitu simposium yang berfokus kepada sokongan kewangan, intelektual serta kesedaran berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Menurut Adam Shah, National CEO Symposium 2025 yang berlangsung semalam merupakan inisiatif bagi memberi panduan yang lebih mantap kepada para Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam membuat keputusan yang lebih bijak dan strategik dalam menghadapi cabaran ekonomi pada tahun 2025 yang diramalkan lebih mencabar.

“Simposium ini juga melengkapkan pembuat keputusan perniagaan dengan maklumat yang relevan untuk memastikan kelangsungan perniagaan yang mampan dan menguntungkan sepanjang tahun 2025.

“Ia juga akan merangkumi peluang jaringan, membolehkan peserta berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain,”ujarnya. 

National CEO Symposium 2025 dianjurkan inisiatif  Dewan Perniagaan Muslim Insiders bagi membantu usahawan menerokai sektor berkaitan dalam senario pasca Covid.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya