Saya tidak pernah berdendam dengan Nurul - Ajai - Utusan Malaysia

Saya tidak pernah berdendam dengan Nurul – Ajai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai, 49, memaklumkan dia tidak menyimpan dendam atau amarah terhadap bekas isterinya, Nurul Wahab atau Nourul Depp.

Katanya, disebabkan itu, dia merasakan tiada keperluan untuk melenting atau memberi komen balas terhadap sebarang kenyataan yang sebelum ini dikeluarkan Nurul berkenaan dirinya.

“Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap dia, apa yang berlaku antara kami sudah pun lepas, jadi biarkan sahaja ia berlalu.

“Bersuara atau tidak, dia tetap ibu kepada anak saya, Ayu Nazirah. Nurul hanya menyatakan hasrat hatinya, selagi dia mahu, dia akan bercakap.

“Isu antara kami sudah berbelas tahun selesai. Saya tidak pernah simpan dalam hati, dan tidak terkesan dengan komennya mengenai saya. Sebab itu saya tak pernah memberi kenyataan balas,” katanya yang ditemui selepas konsert kemuncak rancangan The Chosen One 2024, baru-baru ini.

Ajai mengulas mengenai komen bekas isterinya itu yang sebelum ini memaklumkan enggan bersemuka atau bercakap dengannya.

Sementara itu, Ajai memaklumkan akan sentiasa mengingatkan Ayu agar menghormati dan mengambil peduli mengenai keadaan ibunya meskipun jarak mereka yang berjauhan.

“Setiap kali saya berjumpa Ayu, saya akan tanyakan kepada dia sama ada dia ada atau tidak menghubungi ibunya. Saya nasihatkan dia agar selalu menelefon dan bertanya khabar Nurul.

“Saya bersyukur kerana Ayu sekarang sudah besar, sudah tamat pembelajaran dan mula bekerja. Apa pun masalah yang timbul antara dia dan ibunya satu hari nanti pasti selesai.

“Mereka anak beranak, ada pertalian darah. Sepatutnya hubungan mereka baik-baik sahaja, dua-dua pun sudah besar.

“Dalam apa keadaan sekali pun, kalau Ayu membenci ibunya, dia yang akan mendapat dosa,” kata Ajai lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya