Saya terima jawatan Setiausaha Agung Bersatu-Azmin

Saya terima jawatan Setiausaha Agung Bersatu-Azmin

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan bahawa beliau menerima jawatan Setiausaha Agung parti itu, seperti yang ditawarkan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Muhyiddin ada menawarkannya jawatan tersebut dalam persidangan khas parti yang berlangsung di Selayang, Julai tahun ini.

“Dalam sidang akhbar (selepas selesai persidangan tersebut) Presiden ada melontarkan cadangan untuk melantik saya sebagai Setiausaha Agung 

“Lanjutan daripada kenyataan tersebut, memang ada beberapa sesi perbincangan dan saya telah menyatakan kepada Presiden bahawa saya bersedia untuk membantu Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk memperkukuhkan Bersatu,” katanya ketika ditemui di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Muhyiddin mengesahkan bahawa bekas Menteri Besar Selangor itu menerima tawarannya untuk menjadi Setiausaha Agung Bersatu yang baharu, yang mana sebelum ini Mohamed Azmin menolak tawaran berkenaan atas alasan untuk fokus bagi menawan semula Selangor.

Menurutnya, pelantikan rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu akan dibuat ketika atau selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang berlangsung hujung minggu ini.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, beliau bersedia menerima jawatan tersebut, yang disifatkannya sebagai berat untuk membawa Bersatu ke satu tahap yang lebih baik.

“Dari segi rasminya, kepimpinan baharu sama ada dari peringkat pusat atau sayap akan berkuat kuasa setelah selesai PAT.

“Selepas pelantikan secara rasmi ke jawatan itu, saya akan berjumpa dengan Presiden bagi membincangkan hala tuju Bersatu untuk menarik lebih ramai rakyat menyukai parti ini.

“Saya yakin rakyat menanti satu pilihan yang terbaik untuk mereka untuk mencari penyelesaian cabaran-cabaran semasa seperti isu politik, ekonomi dan sosial yang dekat dengan mereka,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya