‘Saya tahu, tapi biarlah rahsia’ - Sanusi

‘Saya tahu, tapi biarlah rahsia’ – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan belum tiba masanya untuk beliau mendedahkan mengenai ‘agenda besar’ yang didakwa mahu menggagalkan projek pembangunan di Kedah. 

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu walaupun diajukan beberapa soalan berkaitan.

“Saya tahu perkara itu. Ada dalam ini (sambil menunjukkan dadanya), tetapi biarlah rahsia,” katanya ketika ditemui pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Dalam sesi pertanyaan lisan semalam, Muhammad Sanusi mendakwa, beliau tahu bahawa projek-projek yang terlibat di Kedah dikenakan pelbagai sekatan dan tekanan. 

Dakwanya, perkara itu tidak sesuai disebut di DUN namun wujud ‘grand design’ bagi menggagalkan projek oleh pihak swasta di negeri ini. 

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mencabar Muhammad Sanusi supaya mendedahkan pihak yang didakwa memiliki perancangan itu. 

Ujar Shaiful Hazizy, apa yang diperkatakan Muhammad Sanusi itu hanyalah satu tuduhan tanpa asas yang semata-mata mahu mencipta persepsi murahan bagi mengaburi kegagalan kerajaan negeri.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya