Saya tidak kongsi kisah peribadi di media sosial - Redza Rosli - Utusan Malaysia

Saya tidak kongsi kisah peribadi di media sosial – Redza Rosli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya lebih selesa untuk tidak berkongsi kisah peribadi di media sosial.”

Demikian kata pelakon, Redza Rosli yang jarang sekali berkongsi kisah peribadinya di media sosial apa lagi selepas mendirikan rumah tangga.

Menurut Redza, dia lebih selesa berkongsi perihal kerjaya di media sosial berbanding kisah peribadi yang padanya tidak perlu diuar-uarkan kepada umum.

“Dalam media sosial, saya hanya berkongsi perihal kerja. Biarlah kisah peribadi saya simpan sendiri,” katanya.

Ditanya sama ada dia selesa untuk mengekalkan eksklusiviti kehidupannya, pelakon drama bersiri Di Hatiku Ada Kami itu hanya menganggap itu sebagai satu rezeki kerana tidak mengambil ringan soal komitmen kerjayanya.

“Saya pun tidak tahu bahagian mana esklusiviti saya itu. Apa yang saya boleh katakan jadi eksklusif itu rezeki. Bila saya sudah buat yang terbaik dalam kerjaya, saya sudah cukup bersyukur.

“Selepas habis penggambaran pun saya terus pulang ke rumah dan tidak keluar ke mana-mana kerana tiada masa. Saya memang sangat komited dengan kerja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Redza berkata demikian ketika majlis tayangan perdana episod 17 drama bersiri Di Hatiku Ada Kamu, di sini, malam tadi.

Dalam masa sama, Redza juga yakin peminatnya sudah memahami pendiriannya yang enggan berkongsi kisah peribadi selain menghormati privasinya sebagai selebriti.

“Peminat sudah cukup bijak dan profesional untuk menilai. Walaupun saya jarang berkongsi kisah peribadi di media sosial tetapi mereka tetap menyokong. Malah, ada yang sanggup datang dari jauh jika ada acara membabitkan artis kegemaran mereka,” jelasnya.

Mengulas mengenai drama Di Hatiku Ada Kamu lakonannya bersama Hannah Delisha, Redza bersyukur apabila watak dijayakannya disambut baik oleh peminat.

“Saya sudah biasa mendapat komen berbaur kecaman untuk setiap watak yang saya jayakan. Pada saya, watak Adif menerusi drama ini sedikit berbeza kerana dia tidak jahat tetapi dia berdendam.

“Saya bersyukur melihat maklum balas yang diberikan kerana lakonan saya sampai ke hati mereka,” katanya.

Drama Di Hatiku Ada Kamu kini sudah mula menayangkan bahagian kedua dalam platform penstriman Viu pada setiap hari Khamis hingga Sabtu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya