Saya belum berjumpa dengan penganjur - Marsha Milan - Utusan Malaysia

Saya belum berjumpa dengan penganjur – Marsha Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Saya juga belum berjumpa dengan pihak penganjur lagi untuk berbincang.”

Demikian kata penyanyi, Marsha Milan Londoh apabila ditanyakan mengenai Konsert Sumandak Stars yang bakal berlangsung pada 30 November depan.

Menurut Marsha, dia belum bertemu dan berbincang secara terperinci dengan pihak penganjur, Orange International Entertainment mengenai konsert yang bakal menggabungkan beberapa penyanyi wanita kelahiran Sabah.

Dalam masa sama, penyanyi Hening Rindu itu juga mengunci mulut untuk memberikan sebarang komen mengenai proses menandatangan kontrak konsert itu.

“Sejujurnya saya tak mahu cakap lebih sebab tiada informasi langsung mengenai konsert cuma boleh harapkan dapat dijayakan dengan sempurna.

“Lagipun konsert ini mengetengahkan konsep bagus yang mana menggabungkan semua penyanyi Sabahan.

“Kontrak semua biarlah menjadi rahsia dahulu, saya tidak berani cakap apa-apa lagi,” katanya kepada Utusan ketika ditemui di malam gala filem Don Dukun, baru-baru ini.

Sementara itu, Marsha juga sempat mengulas mengenai pengunduran diri rakan seperjuangannya, Stacy Anam dan menganggap keputusan itu mempunyai alasan tersendiri

“Saya yakin Stacy ada alasan sendiri dan pasti dia perlu melindungi hak dia.

“Bagi saya apa yang penting, penyanyi lain perlu fokus dan pihak penganjur harus teliti dengan konsep,” jelasnya.

Marsha bagaimanapun tidak menafikan bahawa kontroversi pengunduran penyanyi lagu Pelangi Senja itu mampu melariskan jualan tiket konsert itu meskipun berharap persiapannya berjalan dengan lancar.

Dalam masa sama, Marsha tidak menafikan bahawa kontroversi Konsert Sumandak mampu melariskan tiket acara walaupun sebaliknya dia hanya berharap yang terbaik pada malam terbabit.

“Mungkin kontroversi dapat menjual tiket konsert tetapi dalam masa sama saya harap tidak menjadi risiko dalam apa jua benda,” ujarnya.

Sebelum ini, Stacy memaklumkan penarikan dirinya daripada konsert tersebut kerana ada syarat yang tidak dipatuhi pihak penganjur sejurus poster yang mempamerkan gambar penyanyi Bella Astillah di bahagian tengah dikongsi kepada umum. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya