Saya adalah hadiah paling mahal untuk Aurora - Farid Kamil - Utusan Malaysia

Saya adalah hadiah paling mahal untuk Aurora – Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Farid Kamil teruja menyambut ulang tahun kesembilan puterinya, Nur Aurora Robe’ah hari ini.

Kata Farid, dia turut terharu apabila dirinya disifatkan sebagai hadiah paling berharga buat anaknya itu .

“Sebenarnya, saya bersyukur sangat hari ini. Saya mahu ambil anak saya yang paling cantik, Aurora di sekolah untuk sambut ulang tahun kelahirannya.

“Selamat hari jadi buat Nur Aurora Robe’ah. Doakan yang baik-baik untuk anak saya semoga dia turut diberkati dan dirahmati. Dia mahukan hadiah yang paling mahal, iaitu diri saya sendiri,” katanya yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pagi ini.

Dalam masa sama, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu meluahkan rasa lega kerana sehingga kini masih berpeluang berjumpa anak-anaknya.

“Jumpa anak-anak tiada masalah. Kami bertemu seperti biasa. Kali terakhir saya jumpa mereka adalah hari ini.

“Aurora dan Muhammad, alhamdulillah mereka dalam keadaan baik-baik sahaja,” jelasnya.

Ditanya mengenai penampilannya bersongkok dengan lilitan reben putih, dia memilih untuk mengunci mulut malah sempat berseloroh ingin memastikan dirinya segak ketika berpenampilan sedemikian.

“Ada nampak kacak?,” ujarnya.

Sebelum ini, Farid menyatakan enggan melepaskan isterinya, Diana Danielle yang nekad mahu berpisah. Hasrat itu dikongsi pelakon filem Imaginur itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, pada 28 Oktober lalu.

Diana bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai keputusannya, namun ada memaklumkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Farid.

Diana pada 4 Noveber lepas hadir ke mahkamah yang sama untuk memfailkan perceraian buat kali kedua.

Untuk rekod, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun keduanya memilih untuk kembali rujuk selepas sebulan berpisah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya