Sanusi dakwa ada agenda gagalkan pembangunan di Kedah

Sanusi dakwa ada agenda gagalkan pembangunan di Kedah

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa ada ‘agenda besar’ untuk menggagalkan projek pembangunan yang dirancang di negeri ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika isu pembatalan projek Langkasuka bernilai RM40 bilion menjadi perbahasan dalam Mesyuarat

Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

“Saya tahu projek-projek yang terlibat di Kedah ini dikenakan macam-macam sekatan dan tekanan macam kes yang saya sebut semalam itu saya tahu dia kena apa tapi saya tidak mahu sebut.

“Tidak sesuai disebut di DUN ini tetapi ada grand design untuk gagalkan projek yang diambil oleh swasta ini untuk tak jadi di Kedah,” katanya sewaktu menjawab soalan tambahan Teh Swee Leong (PH-Kota Darulaman) yang membangkitkan perkembangan terkini itu ketika Muhammad

Sanusi menjawab soalan lisan berkaitan pembangunan projek Pelabuhan Kuala Sanglang di Jerlun.

Muhammad Sanusi berkata, pengumuman berkaitan tentang sesuatu projek pembangunan termasuk daripada pelabur swasta merupakan kebiasaan untuk memberi kelebihan kepada pihak terlibat.

“Saya fikir dalam dunia ini orang yang buat bisnes mula berniaga kena tanam modal. Usaha dulu baru dapat untung, tak ada siapa berniaga nak rugi sebab itu kita bantu syarikat itu untuk umum supaya diberi kalau ia terlibat dengan Bursa Malaysia, saham dia meningkat.

“Dia minta kita umum, kita umumlah. Bila umum adalah kira-kira dia, GDP dia, nak buat di mana. Butiran itu dia yang sediakan bukan kita yang reka. Bila bisnes itu hadapi masalah bukan kerja kita. Kita bantu untuk umum apa yang dia nak buat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya