Sang Kenari perlu 'semangat' hadapi Selangor

Sang Kenari perlu ‘semangat’ hadapi Selangor

PEMAIN Kedah menjalani latihan di bawah kendalian Nafuzi Zain– IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui anak buahnya sentiasa berjuang dalam setiap perlawanan meskipun isu tunggakan gaji belum menemui jalan penyelesaian.

Jelasnya, kekalahan besar 2-5 ketika bertemu Sabah FC Selasa lalu diharap tidak melemahkan semangat pemain bagi melayani kelab di tangga kedua Liga Super, Selangor FC di Stadium Darul Aman malam ini.

Dalam masa sama, Gergasi Merah turut berdepan masalah apabila Nidzam Jamil meletak jawatan sebagai ketua jurulatih secara mengejut.

“Setiap perlawanan kami masih bermain untuk memburu tiga mata walaupun di sebalik cabaran yang dihadapi dan anda boleh lihat pemain berjuang habis-habisan dalam keadaan fizikal dan mental yang amat sukar pada waktu sekarang ini.

“Pemain sekarang ini hanya fikirkan untuk kelab maknanya mereka berkorban walaupun dalam keadaan susah dan berduka tetapi mereka berusaha beri apa yang mampu demi kejayaan untuk pasukan.

“Tetapi saya tidak pasti sampai bila mereka dapat terus berjuang dan apa yang mereka lakukan ini saya anggap luar biasa kerana daripada luaran orang nampak macam tiada apa-apa berlaku,” katanya.

Ketika ditanya mengenai taktikal yang bakal diterapkan bagi memerangkap Selangor di laman sendiri, Nafuzi menegaskan reaksi serta kesungguhan pemainnya itu sendiri adalah asas yang cukup penting dan sangat diperlukan.

“Kalau kita nak cakap tentang apapun perancangan dan cara berdepan Selangor itu, saya rasa apa yang lebih penting adalah atas kehendak dan motivasi yang pemain perlukan pada hari perlawanan itu nanti.

“Sama ada mereka ‘ok’ atau tidak itu merupakan perkara yang cukup penting perlu diselesaikan buat ketika ini kerana jika mereka ada keinginan tinggi maka semangat beraksi itu akan datang sendiri,” jelasnya.

Sang Kenari kini berada di tangga ke-10 Liga Super dengan mengumpul 13 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya