Samun kilang: Suspek dakwa ditipu dalam perniagaan

Samun kilang: Suspek dakwa ditipu dalam perniagaan

Samun kilang
SEKUMPULAN suspek ditahan polis sebelum ini kerana terlibat menyamun sebuah kilang dekat Teluk Panglima Garang, di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Urusan perniagaan serta isu peribadi dipercayai menjadi punca sekumpula 16 lelaki menyamun barangan sebuah kilang dekat Telok Panglima Garang di sini, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin berkata, pihaknya mendapati suspek sudah membuat bayaran sebanyak RM400,000 bagi pembelian logam daripada peyewa kilang terbabit yang merupakan warga China.

“Bagaimanapun, pengurusan kilang tersebut dikatakan gagal menyediakannya selepas menerima wang tersebut. Kumpulan suspek yang terlibat ini dikatakan sudah membayar sejumlah wang dan mereka juga ada bagi kita bukti.

“Ia bukan modal, namun lebih kepada perniagaan. Suspek beranggapan pemilik menipu dia. Bagi saya, suspek buat tindakan sendiri. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seramai 16 lelaki termasuk dua warga China dicekup selepas terbabit dalam kes samun barangan kilang di Telok Panglima Garang di sini, baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 30 hingga 50 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 3.30 petang, 9 November lalu.

Jelas Mohd. Sufian, kumpulan suspek juga bukan kongsi gelap sebaliknya lebih kepada ajakan rakan-rakan dalam kumpulan itu.

Tegas beliau, dua warga China yang ditahan pula lebih berperanan sebagai jurubahasa ekoran dialek digunakan penyewa kilang itu. Malah, pasport bagi kedua-dua warga China itu pun masih lagi sah,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan salah seorang suspek yang memiliki parang telah dituduh mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Mohd. Sufian memberitahu dendam menjadi punca seorang lelaki asing mati ditikam di bahagian rusuk dengan menggunakan pisau selepas bergelut di tepi jalan di Telok Panglima Garang di sini, pada 19 November lalu.

“Berdasarkan siasatan terhadap tujuh individu yang direman sebelum ini turut menjerumus kepada suspek utama kes ini. Kita akan kesan dan tangkap suspek utama yang juga warga asing dalam masa terdekat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya