Sambell’s cita rasa pilihan Bell Ngasri - Utusan Malaysia

Sambell’s cita rasa pilihan Bell Ngasri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Bell Ngasri tampil berkongsi cita rasa sambal gepuk pilihannya menerusi produk keluaran terbaharu, Sambell’s.

Menurut pemilik nama penuh Nasrizal Ngasri, 44, perniagaan sambal gepuk tersebut turut diusahakan bersama isterinya, Nur Farhana Mahamas Fauri serta dua rakan sekolahnya, Umar Imran Sharudin dan Zulfadhli Hamzah.

“Sebagai peminat nasi ayam gepuk, Sambell’s ini kena dengan cita rasa saya. Saya harap orang ramai dapat terima apa yang sedap bagi saya. Saya nak kongsikan selera saya kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Perniagaan ini juga saya usahakan bersama isteri saya iaitu Nur Farhana serta rakan-rakan sekolah saya, Umar dan Fadhli. Setakat ini, kami hanya keluarkan 1,000 unit sahaja sebagai fasa pengenalan,” katanya.

Ditanya mengenai persaingan dengan jenama sambal lain, Bell bagaimanapun yakin bahawa produk keluarannya itu tidak banyak di pasaran selain menyerahkan segalanya kepada rezeki.

“Macam yang kita tahu, negara kita ini mempunyai pelbagai sambal. Saya juga melihat tidak ramai yang mengeluarkan sambal gepuk. Jadi, saya anggap ini satu rezeki untuk saya memulakan perniagaan dengan menjual sambal ini,” jelasnya.

Dalam masa sama, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 35 ini menganggap perniagaan sambalnya itu sedikit sebanyak dapat membantu kestabilan sumber pendapatannya selain fokus dalam bidang lakonan.

“Sejak beberapa bulan ini, saya kurang dapat tawaran berlakon. Tapi Alhamdulillah, saya masih aktif pekerjaan lain seperti mengacara.

“Saya juga mencari sumber pendapatan dalam pelbagai sektor seperti kerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya KKM.

“Dengan adanya produk Sambell’s, mungkin tumpuan akan diberikan kepada perniagaan terlebih dahulu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya