Sabah, Sarawak diramal ribut petir, hujan lebat

Sabah, Sarawak diramal ribut petir, hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berdepan ribut petir serta hujan lebat di beberapa kawasan sehingga petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, antara daerah-daerah terlibat adalah Limbang, Sarawak dan Pantai Barat serta Kudat di Sabah.

Katanya, kawasan pedalaman Sabah yang diramalkan terjejas termasuk Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 4 petang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Untuk maklumat cuaca terkini, orang ramai boleh layari www.met.gov.my atau melalui aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya