Sabah bentang belanjawan tertinggi dalam sejarah RM6.421 bilion

Sabah bentang belanjawan tertinggi dalam sejarah RM6.421 bilion

MASIDI Manjun (tiga kiri) bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (dua kiri) serta Timbalan-Timbalan Ketua Menteri semasa pembentangan Belanjawan Negeri 2025 di DUN Sabah di Kota Kinabalu, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2025 tertinggi dalam sejarah dengan peruntukan berjumlah RM6.421 bilion di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri mencadangkan anggaran berbelanjaan perbekalan tertinggi iaitu sebanyak RM6.421 bilion dengan anggaran hasil negeri berjumlah RM6.445 bilion.

Beliau berkata, Belanjawan Negeri 2025 yang bertemakan ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’ itu masih mencatatkan belanjawan lebihan (surplus budget) sebanyak RM24.08 juta.

Katanya, belanjawan negeri itu disediakan berlandaskan ‘pomogunan do sogigisom’ yang diambil daripada dialek Dusun bermaksud pembangunan lestari yang berasaskan beberapa tonggak utama termasuk menyokong pembangunan lanjut sektor-sektor produktif termasuk menarik pelaburan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menjana pendapatan negeri.

Masidi berkata, dua kementerian terus mencatatkan peruntukan tertinggi adalah Kementerian Kewangan dengan RM3.073 bilion bagi perbekalan dan RM5 juta untuk pembangunan; serta Kementerian Kerja Raya menerima RM1.097 bilion untuk perbekalan dan RM249.86 juta untuk pembangunan.

“Daripada jumlah belanjawan yang dicadangkan, sebanyak RM5.441 bilion diperuntukkan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan RM980 juta untuk pencaruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan. 

“Sebanyak RM903.91 juta dicadangkan untuk perbelanjaan emolumen bagi membiayai gaji penjawat awam negeri yang meningkat sebanyak RM95.85 juta atau 12 peratus susulan kenaikan gaji tahunan, pelarasan kenaikan gaji lapan peratus (Fasa 1) selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuat kuasa pada 1 Disember ini dan pertambahan pelantikan baharu penjawat awam negeri,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri terus komited melaksana program pembasmian kemiskinan melalui peruntukan berjumlah RM488.5 juta.

Melalui program itu, buat kali pertama, kerajaan negeri akan memberi bantuan sekali bayar (one-off) sebanyak RM5,000 kepada peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Di samping itu, kerajaan juga memperuntukkan RM250 juta iaitu peningkatan 100 peratus untuk membina 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di semua 73 kawasan DUN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya